. ❤ Hi . you can call me jaja. nice footprint here okay (leave your footprint here ★ ). me is blogging bout me myself. the moment that i want share. simple girl that love her simple life. nothing much i wish for this life. but i have my own target in this earth. i'm struggling to be better. part timer blogger. full timer student.i love my family so much ! i love him too. belongs to Allah. thanks for drop by here okay ! have a nice day :). p/s pleasurely click ★ ;)






eiffellover's dare to dream of you Paris <3 . well forever and always in my heart okay :) http://eiffellover.blogspot.com/
Tuesday, July 31, 2012,11:28:00 AM
me love this ! :)


Ana Karylle Padilla Tatlonghari atau lebih mesra dengan panggilan Karylle bukan satu nama yang asing lagi dalam industri hiburan Filipina. Beliau bukan saja terkenal sebagai seorang pengacara, malah juga sebagai pelakon, penyanyi, atlit dan juga penulis. Antara program TV, filem dan drama yang pernah dijayakannya ialah The Biggest Loser Asia, Moments of Law, Dalaw, I Love Betty La Fea, Dahil May Isang Ikaw dan banyak lagi.
Terbaru, gadis kelahiran Manila ini muncul dalam sebuah drama muzikal antarabangsa terbitan The Group Entertainment berjudul, The Kitchen Musical. Drama muzikal 13 episod ini sudah mula ditayangkan di lebih 16 buah negara menerusi saluran ntv7, Studio 23, Metro TV dan juga AXN.
“Ini kali pertama saya bekerjasama dengan sebuah produksi antarabangsa. Dalam drama muzikal ini, saya memegang watak sebagai Maddie, seorang graduan bidang masakan dari Paris. Selepas tamat belajar, saya bekerja di restoran milik ayah saya, The Avilon. Dari situ, pelbagai perkara yang berlaku sepanjang saya bekerja di sana,” jelas  Karylle ketika ditemui di sidang media ‘The Kitchen Musical’ di Republic Polytechnic, Singapura.
Apa yang menariknya, dalam drama muzikal ini, Karylle turut bergandingan bersama rakan senegaranya iaitu penyanyi serta pelakon terkenal, Christian Baustita yang memegang watak sebagai Daniel Ray.

“Dalam The Kitchen Musical, Maddie dan Daniel berkawan baik. Ini kerana mereka sudah kenal sejak dari kecil lagi. Ketika saya bekerja di The Avilon, Daniel yang banyak membantu saya. Namun, dalam diam rupa-rupanya dia juga ada menaruh perasaan cinta kepada saya.”
Ketika ditemui, aktres berusia 30 tahun ini turut berkongsi pengalamannya berlakon dengan aktor terkenal Broadway / West End, Stephen Rahman-Hughes.
“Saya tak pernah bekerja dengan orang dari West End. Saya seorang yang pemalu namun dia banyak bergurau ketika di set. Ini membuatkan semuanya berjalan dengan lancar selepas itu. Kami juga ada menjalani latihan pada awal penggambaran. Setiap kali membuat latihan, saya akan menangis selepas melakukannya.
“Ini kerana, saya tak sangka dia seorang yang sangat merendah diri walaupun dia seorang pelakon yang hebat. Stephen akan membuat seseorang pelakon itu berlakon dengan bagus dan sudah tentu saya rasa seronok dapat bekerja dengan dia,” jelas Karylle teruja.
Apabila ditanya tentang cabaran berlakon dalam The Kitchen Musical, Karylle memberitahu, “Cabaran terbesar saya ialah berada dalam persekitaran yang ada banyak makanan. Apa-apa yang saya buat ada kaitan dengan makanan. Pada komputer riba, iPad saya, semuanya pasal makanan. Malah, kat komputer riba pun, saya kena tengok rancangan masakan.
“Saya juga kena buat rujukan dengan mengkaji berkenaan makanan. Ketika di Singapura, saya kena buat ‘food trip’ di sana. Risaukan berat badan saya yang semakin bertambah, saya terpaksa bersenam setiap kali selepas pergi ke ‘food trip’ itu. Selain itu, saya juga kena menyanyi dan menari dalam drama ini.
“Walaupun saya dah biasa berlakon teater, namun, saya selalu mengimpikan akan ada projek yang mana saya kena menyanyi dan menari dalam drama televisyen atau filem. Jadi bila peluang datang, saya tak fikir lama dan terus sambar peluang ini kerana saya memang suka perkara ini. Jadi, saya tak anggap ia satu cabaran.”
Berkongsi mengenai perkembangan seninya yang lain, Karylle memberitahu dia kini sedang dalam proses mempromosikan album terbarunya, ‘Roadtrip’. Album yang dilancarkan pada bulan Mac lepas ini bukan saja membuktikan kebolehannya sebagai seorang penyanyi, malah juga sebagai penerbit dan juga penulis lagu.
“Saya menerbitkan sendiri album terbaru saya. Menariknya, saya juga menulis sebanyak sebelas lagu daripada dua belas lagu dalam album ini. Antara genre lagu dalam album ini ialah Pop, Dance, Balada dan juga ‘House Music’. Saya juga berkemungkinan akan datang ke Malaysia pada bulan Disember depan sempena bagi mempromosikan album terbaru saya ini.”





sumber : GUA dot com ! :D
Thursday, July 19, 2012,5:21:00 PM
h a p p y s m i l e w i t h y o u

Hye my lovey dovey sayang . You know what, i never thought we can be this far. . Me countdown to le 2 days more for our anniversary . I l o v e y o u !

Labels:

to be reminisce <3
10 previous posts
" Don't change people. Be you and do your own thi...Bombastika ritma hatii mumblinggggggg lalalalaloveeStory life lineeverything is changesbaby new face okay !me love this ! :)h a p p y s m i l e w i t h y o upicnic . c o mbe good for yourself #i.luv.islam
Past posts by month
September 2009October 2009November 2009December 2009January 2010February 2010March 2010April 2010May 2010November 2010December 2010January 2011March 2011April 2011May 2011June 2011July 2011October 2011November 2011December 2011January 2012February 2012July 2012September 2012April 2015
Credits
Coded by wickedicy banner from Reviviscent.